-->

‘Kalau dia ustaz, kenapa dia fitnah?’ – Staff Zaitoun dakwa mereka telah difitnah oleh aktivis masyarakat

Beberapa hari sebelum premis Zaitoun disita ekoran pemiliknya beroperasi tanpa lesen sah dari DBKL, aktivis masyarakat, Mohd Sophian Mohd Zain, telah datang menyerbu premis itu, bersama dengan beberapa rakannya.

Kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi oleh para pekerja Zaitoun. Salah seorang pekerja premis itu yang dikenali sebagai Sam, dilihat bertikam lidah dengan aktivis berkenaan.

Walaupun premis itu telah disita oleh DBKL pada Sabtu lalu, Sam dilihat masih tidak berpuas hati dan memuat naik kekesalannya berhubung kejadian itu di TikTok.

@saifulnizam355

Jangan main2 wahai warga asing..anda sedang diperhati..jangam besar kepala..ini malaysia @Sophian Mohd Zainn @Mohd. Noor Helmy

♬ الصوت الأصلي – ❌foreigners ❌❌foreigners ❌

“Saya Sam, bukan berasal dari Arab, malah saya hanyalah pekerja dan bukannya pemilik Zaitoun. Sophian Mohd Zain terima kasih kerana viralkan saya. Sekarang semua orang di Malaysia kenal saya.

“Hari tu, dia datang empat orang. Dia tanya berasal dari mana, kami jawab dari Syria. Kemudian dia beritahu warga asing tak boleh berniaga di sini.

“Dia kata owner tak ada lesen. Kalau tak ada lesen macam mana dia boleh buka premis di situ? Betul?

Tak ada hak tanya premit & visa

“Dia siap tanya ada permit ke tak, visa mana? Sedangkan dia tiada hak untuk tanya semua itu. Saya ada visa dan saya berkahwin dengan orang sini, mempunyai dua orang anak.

“Saya sudah lama duduk di Malaysia aman-aman sahaja, tak pernah timbulkan masalah. Sehinggalah kes baru-baru ini sahaja. Setiap kali Hari Merdeka, saya sambut bersama orang Malaysia.

“Kawan dia siap rakam, saya kata jangan rekod saya. Dalam Malaysia tak boleh rakam video orang sesuka hati.

https://ift.tt/Yf278ey

“Sophian Mohd Zain kata dia ustaz. Kalau dia ustaz tetapi kenapa dia fitnah? Kami semua kerja sebab nak cari makan, tanggung keluarga, bukannya buat kerja haram,” katanya.

Sabtu lalu, premis Zaitoun yang sebelum ini pernah viral di mana pelanggan perlu berjoget dahulu sebelum mendapatkan makanan yang dijual, telah disita oleh DBKL.

Difahamkan, premis tersebut hanya mempunyai lesen hiburan semasa (promosi luar bangunan), bukannya lesen untuk berniaga di.

Justeru, DBKL telah menyita premis itu dan mengeluarkan notis kompaun terhadap pemiliknya kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah daripada DBKL.

Sumber: TikTok Sam

The post ‘Kalau dia ustaz, kenapa dia fitnah?’ – Staff Zaitoun dakwa mereka telah difitnah oleh aktivis masyarakat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar