-->

‘Saya tak pernah dengki dengan orang yang ada anugerah’ – Qistina kesal portal hiburan buat tajuk mengundang kritikan netizen

Semalam, media hiburan mStar Online melaporkan pelakon remaja, Qistina Raisah atau nama sebenarnya Nur Qistina Mohd Kamarol Azri, 15, mengidam untuk menggenggam sebuah trofi anugearh.

“Saya sangat teringin, tapi ia bergantung pada rezeki. Ramai artis-artis hebat lain pun tak menang anugerah lagi.

“Bagi saya, anugerah itu ibarat itu sahaja.. macam tiada apa-apa. Tapi kalau dapat, Alhamdulillah. Tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki,” katanya.

Pun begitu, Qistina berharap artis yang berjaya memenangi anugerah tidak memandang rendah pada mereka yang masih belum berjaya mencapai anugerah.

“Tapi jangan hina orang tiada anugerah. Semua orang ada perasaan kan? Siapa dah menang, itu rezeki dia,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Bagaimanapun, laporan itu dipetik oleh beberapa portal hiburan lain dengan menggunakan tajuk yang dianggap mengundang. Hal itu menyebabkan Qistina dikritik teruk di media sosial.

Kurang senang dengan tajuk yang digunakan portal berkenaan, Qistina menegur pihak berkenaan dan meminta mereka memadamkan artikel itu.

“Saya tak faham sangat dengan wartawan-wartawan yang tak ada hati perut ini. Tak cukup lagi ke korang ni? Tak rasa bersalah ke buat tajuk yang saya sendiri pun tak pernah terfikir pun nak cakap macam tu?

“Korang timbulkan fitnah, saya tak pernah dengki dengan orang yang ada anugerah. Saya tumpang gembira lagi ada.

“Korang semua memang dah melampau, tak pernah terfikir budak 15 tahun nak kena hadap semua benda ini. Mohon delete sekarang,” katanya menerusi hantaran di Instagram, sejam yang lalu.

Di ruangan komen, para pengikut menasihatkan Qistina bertabah menghadapi ujian yang dianggap akan mematangkan hidupnya.

Sumber: Instagram Qistina, mStar Online

The post ‘Saya tak pernah dengki dengan orang yang ada anugerah’ – Qistina kesal portal hiburan buat tajuk mengundang kritikan netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar