-->

Faizal Azumu buat laporan polis, nafi buat gangguan seksual terhadap wanita bernama ‘Aina’

Tular satu laporan polis dari Balai Polis Sri Hartamas yang mendakwa Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Menerusi laporan tersebut, pengadu yang juga merupakan isteri kepada salah seorang pekerja di pejabat Bersatu menyatakan, dia telah diganggu oleh Ahmad Faizal dengan kata-kata yang tidak menyenangkan.

“Faizal Azumu menyatakan ‘Wow! Geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet’ ketika saya hendak masuk ke blok lain.

“Tujuan laporan ini adalah untuk keselamatan diri dan si pelaku dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya dalam laporan itu.

Menyedari dakwaan itu tular di media sosial, Ahmad Faizal, tampil membuat penafian dan laporan polis untuk tindakan lanjut..

Ahmad Faizal berkata, laporan polis yang tular itu mengaitkan namanya dan beberapa tuduhan lain, dibuat individu tertentu.

“Saya mengesahkan bahawa tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali dan saya percaya ada elemen hasutan jenayah dan fitnah.

“Dokumen berkenaan menyebut masa, tarikh dan lokasi tentang ‘interaksi’ tertentu.

“Saya juga memaklumkan kepada pihak polis bahawa pada hari dan waktu berkenaan saya berada di Negeri Sembilan kerana menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu. Ramai saksi yang boleh mengesahkan kehadiran saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor ketika dihubungi berkata, laporan polis ditarik balik pengadu pada hari yang sama laporan dibuat.

Sumber: Twitter, Harian Metro

The post Faizal Azumu buat laporan polis, nafi buat gangguan seksual terhadap wanita bernama ‘Aina’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar