-->

‘Naya van tu, camne abang tu nak lawat anaknya sakit kanser di hospital?’ – Mat rempit buat aksi Superman jadi punca kemalangan

Gara-gara tindakan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya ketika melalui Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), pemilik sebuah van terpaksa berputih mata apabila kenderaan miliknya rosak dalam kemalangan.

Menurut saksi kejadian, Syahrizal Azli Jaafar dalam perkongsian di Facebooknya berkata, sekumpulan penunggang motosikal itu melakukan aksi Superman di lebuhraya berkenaan.

“Tengah drive tadi dok seriau dah tengok budak-budak ini dok main Superman. Terfikir dah kejap lagi ada yang terjatuh akibat keseronokkan tidak tentu hala ini.

“Tengok di depan, bersepah dah. Naya van tu. Sudahlah abang (pemandu van) tu berada dalam kesusahan. Ditambah lagi susah,” katanya.

Ketika kejadian, pemandu van dan anaknya sedang dalam perjalanan balik selepas melawat anaknya yang menghidap penyakit kanser menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Pulau Pinang.

Kemalangan itu turut menyebabkan anak lelakinya mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang akibat hentakan kuat.

“Disebabkan budak-budak itu, telah menambah menyusahkan lagi sebuah keluarga. Pemandu van dan anak lelakinya dalam perjalanan balik selepas melawat anak yang menghidap kanser dan menjalani kimoterapi di hospital.

“Anak lelaki yang bersama dengannya mengalami kecederaan di tulang belakang akibat hentakan kuat.

“Sekarang van yang menjadi kenderaan mereka sekluarga pula rosak teruk. Macam manalah dia nak melawat anaknya nanti,” kata Syahrizal.

Gambar kejadian turut tular di media sosial yang menunjukkan bahagian depan van rosak teruk.

Bagaimanapun tidak diketahui status penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu.

Sumber: Facebook

The post ‘Naya van tu, camne abang tu nak lawat anaknya sakit kanser di hospital?’ – Mat rempit buat aksi Superman jadi punca kemalangan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar