-->

PN akan lantik Azmin Ali jadi MB Selangor jika menang, malah berjanji akan teruskan program air percuma

Perikatan Nasional (PN) akan melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya mereka menang Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Menurut calon DUN Gombak Setia, Hillman Idham dalam satu ceramah di Gombak Setia berkata, “Hari ini calon PN di Hulu Kelang adalah Azmin Ali. Insya-Allah menang dan akan kembali ke Shah Alam sebagai Menteri Besar”.

Sementara itu, Azmin pula berjanji bahawa PN akan memperkenalkan semula program air percuma kepada semua isi rumah di Selangor sekiranya keputusan PRN memihak kepada PN pada 12 Ogos ini.

Azmin dengan bangganya berkata, semasa dia menjadi menteri besar (2014-2018), dasar pemberian air percuma 20 meter pada pertama diberi kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira pendapatan isi rumah.

Berbeza dengan Menteri Besar Amirudin Shari yang telah meminda dasar tersebut pada tahun 2020 di mana pemberian itu dihadkan kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah.

“Muhyiddin Yassin (pengerusi PN) telah setuju kalau menang di Selangor, kita akan teruskan program ini,” katanya di ceramah DUN Hulu Kelang malam Rabu.

Untuk pengetahuan, Azmin menjadi menteri besar Selangor bagi tempoh 2014 hingga 2018 sebelum melepas jawatannya untuk menerima lantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua.

Sumber: MalaysiaKini, Free Malaysia Today

The post PN akan lantik Azmin Ali jadi MB Selangor jika menang, malah berjanji akan teruskan program air percuma appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar