-->

‘Saya terima ini semua dengan hati terbuka’ – Chef Wan maklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma

Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 65, memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma, menerusi hantaran yang dikongsi di Instagramnya hari ini.

Chef Wan berkata, perkara itu disampaikan oleh doktor pada jam 3 petang tadi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurutnya, pada peringkat awal peluang untuk sembuh adalah 70 hingga 80 peratus. Dia juga akan menjalani ujian sumsum tulang kerana kanser itu dikaitkan dengan sumsum tulang.

Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang selama 13 kitaran (13 minggu) di mana Chef Wan akan mula kehilangan rambut.

“Saya dah mula bayangkan dirinya dengan pelbagai gaya rambut palsu yang hebat seperti Evlis, M. Daud Kilau, Samy Vellu dan banyak lagi. Ia pasati akan menjadi sangat kelakar.

“Saya akan mengalami muntah dan juga cirit-birit yang tidak berkesudahan. Akan kelihatan buruk untuk kelihatan baik selepas itu.

“Ketika ini, saya menerima semuanya dengan hati yang terbuka dan berani. Inilah kehidupan, anda hanya perlu mengambil perkara satu demi satu pada masa dengan cara yang positif.

“Anak perempuan dan menantu saya kecewa apabila mendengar berita ini. Saya kata jangan menangis, saya akan okay. Saya belum pergi lagi! Saya perlu kuat dan sihat kerana perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah akan jaga saya,” katanya.

Walaupun perit menerima berita itu, bagi Chef Wan adalah lebih baik kanser itu diketahui di peringkat awal. Chef Wan turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya.

Sumber: Instagram Chef Wan

The post ‘Saya terima ini semua dengan hati terbuka’ – Chef Wan maklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar