-->

Remaja lelaki cedera dibelasah sekumpulan pelajar sekolah, termasuk 2 Kadet Polis

Seorang remaja lelaki hanya mampu membiarkan dirinya dipukul dan ditendang oleh sekumpulan remaja lain yang dipercayai sebaya dengan usianya.

Dalam video berdurasi hampir seminit itu menunjukkan, mangsa dibawa ke lokasi awam dipercayai taman di sebuah perumahan dan dibelasah secara beramai-ramai oleh kumpulan berkenaan.

Lebih mengejutkan, kejadian buli itu turut disertai oleh dua individu yang memakai seragam Kadet Polis.

Tidak berpuas hati dengan tiadanya aksi ganas yang berlaku, perakam video meminta rakan-rakannya membelasah mangsa dengan lebih teruk lagi.

“Lawanlah, bapak bosanlah macam ni” katanya.

Mendengar kata-kata itu, salah seorang remaja terbabit terus menjatuhkan mangsa dan dipukul bertubi-tubi di bahagian kepala.

Enggan melepaskan peluang, rakan-rakan yang lain mengambil kesempatan untuk menendang punggung, kaki dan perut mangsa tanpa sebarang rasa belas kasihan.

Tidak diketahui punca, tarikh dan lokasi kejadian. Tetapi netizen berang dengan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh sekumpulan remaja terbabit.

“Sian mak bapak dia percuma hantar anak pergi sekolah. Tahu-tahu anak dia kaki pukul orang. hantar ke sekolah makin jadi banggang,” kata Bell.

“Nanti bila budak-budak ini dah kena angkut, mulalah buat permohonan maaf secara terbuka. Lepas tu settle. Yang mangsa pula tak dapat keadilan,” kata Amirul.

“Bila t engok macam ni, kita kena tengok anak-anak kita di rumah juga. Agak ada potensi jadi pembuli macam ni, bagi nasihat awal-awal sebelum gelap masa depan. Sebab kes-kes macam ni la aku lebih rela tak bagi anak masuk asrama. Sebab aku boleh jadi hilang pertimbangan kalau anak aku kena macam ni,” kata Mdbs.

Sumber: Isu Semasa Official

The post Remaja lelaki cedera dibelasah sekumpulan pelajar sekolah, termasuk 2 Kadet Polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar