-->

Kaki Nabila dipotong kerana hancur digilis lori, ketika selamatkan kucing di jalan raya

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Daerah Bilah Hilir, Sumatera Utara, Indonesia, putus kaki kanan selepas menyelamatkan seekor kucing.

Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar jam 12.45 tengah hari, 21 Julai 2023, mangsa yang dikenali sebagai, Nabila Febrianti, terdahulu duduk di anjung rumah.

Ketika itu, Nabila ternampak seekor kucing sedang berlari ke arah jalan dan dalam masa sama sebuah lori yang membawa bahan binaan datang dari arah bertentangan menggunakan jalan yang sama.

Bimbang dengan keselamatan haiwan itu, Nabila segera berlari dan menyelamatkan kucing tersebut.

Walaupun pemandu lori sempat menekan brek dan membelok ke kiri, tetapi mangsa tidak sempat mengelak dan berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Kaki Nabila digilis oleh tayar lori yang menyebabkan kecederaan parah. Malah tulang kakinya juga hancur dan tiada apa yang dapat dilakukan melainkan kakinya dipotong.

Nabila kini sedang menjalani rawatan pesakit luar di sebuah rumah sewa tidak jauh dari hospital, memandangkan rumah keluarganya agak jauh dari hospital.

Kaki kanan Nabila dari paras betis ke bawah terpaksa dipotong, manakala kaki kirinya dibalut kerana luka yang dialami masih belum sembuh.

Sementara itu, pemandu lori terbabit yang sebelum ini dinamakan sebagai suspek, mengambil keputusan untuk berdamai dengan keluarga mangsa dan berjanji akan menanggung kos perubatan Nabila. – Agensi

The post Kaki Nabila dipotong kerana hancur digilis lori, ketika selamatkan kucing di jalan raya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar