-->

Pengusaha taska, pengasuh tampil buat laporan polis, dakwa dikasari oleh bapa mangsa dera

Tidak berpuas hati kerana dikasari, pengusaha sebuah taska tampil membuat laporan polis hari ini terhadap bapa kepada anak asuhannya berusia empat tahun yang terdahulu dilaporkan telah didera oleh salah seorang pekerjanya.

Baca: ‘Kau benci sangat ke dengan anak aku?!’ – Ibu terkejut anak didera pengasuh

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan pihaknya menerima tiga laporan mengenai kejadian tersebut iaitu dari ibu mangsa, pengusaha taska dan pengasuh taska (suspek) yang mendakwa dia telah dikasari oleh bapa mangsa.

Polis telah membuat dua kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami lebam-lebam di badan dipercayai didera oleh pengasuhnya di sebuah taska di Luyang, Sabah.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu juga tular di media sosial yang mengundang banyak kecaman netizen terhadap pengasuh terbabit.

Dalam video tular itu, suspek dilihat memukul, menendang, menarik rambut dan menampar muka mangsa menggunakan pembaris berulang kali ketika waktu malam.

Hal itu terbongkar selepas ibu mangsa mengesan kecederaan di kepala anaknya ketika mengusap ubun-ubun mangsa, yang mendorong mereka meminta untuk periksa video CCTV.

Tidak berpuas hati dengan perbuatan tidak bertanggungjawab suspek, ibu bapa mangsa membuat laporan polis.

Sumber: Harian Metro

The post Pengusaha taska, pengasuh tampil buat laporan polis, dakwa dikasari oleh bapa mangsa dera appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar