-->

Penerbangan pesawat MH122 tergendala disebabkan tindakan seorang lelaki yang mengancam kru & 198 penumpang lain

Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur dilaporkan tergendala gara-gara tindakan seorang lelaki mengancam kru dan penumpang pesawat berkenaan, tengah hari ini.

Pesawat itu yang sepatutnya berlepas jam 1.06 tengah hari tadi (waktu tempatan) terpaksa berpatah balik semasa berada di New South Wales sebelum mendarat di Lapangan Terbang Sydney.

Sekurang-kurangnya 50 penerbangan masuk dan keluar terpaksa ditunda susulan kejadian itu.

Insiden itu tular di media sosial dan video menunjukkan seorang lelaki dalam pesawat berkenaan menjerit terhadap kru dan penumpang lain sambil memeluk sebuah beg di dadanya.

Pesawat itu berada di Lapangan Terbang Sydney, manakala penumpang akan dibenarkan keluar dari pedawat berkenaan selepas melalui proses pemeriksaan keselamatan.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan ketua penerbangan pesawat itu membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney atas faktor keselamatan.

“Pesawat itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan).

“Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah paling penting bagi Malayisa Airlines,” katanya.

Lelaki tersebut bagaimanapun telah ditahan oleh polis Sydney untuk siasatan lanjut.

Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan, Malaysia Airlines memaklumkan, kesemua 199 penumpang dan 12 kru berada dalam keadaan selamat selepas dikeluarkan dari pesawat jam 7 malam waktu tempatan.

Pihak berkuasa tempatan juga melakukan pemeriksaan rapi pada pesawat MH122.

Sumber: Harian Metro, Buletin Utama

The post Penerbangan pesawat MH122 tergendala disebabkan tindakan seorang lelaki yang mengancam kru & 198 penumpang lain appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar