-->

Pelajar Tingkatan 3 dirogol 5 lelaki secara bergilir-gilir di Telok Panglima Garang

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir dalam sebuah rumah di Telok Panglima Garang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi, 29 Julai lalu.

Siasatan awal mendapati, sepupu kepada mangsa terdahulu meminta bantuan rakannya untuk menghantar mangsa ke Klang dari Telok Panglima Garang.

Bagaimanapun, suspak yang diamanah untuk membawa mangsa ke destinasi, melencong ke lokasi lain iaitu sebuah rumah di Telok Panglima Garang.

Di lokasi, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki yang tidak dikenali termasuk rakan kepada sepupunya.

Ekoran kejadian itu, mangsa telah tampil membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan yang diterima, polis telah menahan lima suspek berusia 15 hingga 23 tahun.

Dua daripada suspek yang terlibat merupakan pelajar sekolah. Keputusan ujian air kencing mendapati mereka semua negatif dadah.

Kesemua suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

The post Pelajar Tingkatan 3 dirogol 5 lelaki secara bergilir-gilir di Telok Panglima Garang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar