-->

‘Buka pintu, tengok muka dia berdarah’ – Lelaki ditahan polis, disyaki bunuh pemandu teksi di Seberang Takir

Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki membunuh pemandu teksi dalam kejadian di Seberang Takir, Kuala Terengganu, malam tadi.

Menurut sumber, kejadian itu disedari oleh seorang penunggang motosikal yang berasa curiga dengan suspek yang memandu teksi dalam keadaan terhuyung-hayang di jalan sehala menuju ke Klinik Seberang Takir.

Suspek kemudian dikatakan terlanggar sebuah kereta dari arah bertentangan. Terkejut melihat kejadian itu, saksi terus mengejar kenderaan suspek.

Sebaik saja berjaya memberhentikan teksi itu, saksi mendapati suspek berlumuran darah dan terdapat sebilah pisau berhampirannya.

Ketika ditanya mengapa memandu melawan arus, suspek memaklumkan dia baru saja membunuh orang (pemandu teksi) dan mayat mangsa berada di tempat duduk belakang dengan kesan toreh di bahagian kepala.

Tidak diketahui motif suspek, kes kini dalam siasatan polis dan dijangka akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Sumber: Facebook

The post ‘Buka pintu, tengok muka dia berdarah’ – Lelaki ditahan polis, disyaki bunuh pemandu teksi di Seberang Takir appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar