-->

‘Pekerja kedai tu tarik seluar anak saya’ – Suami isteri buat laporan polis, dakwa anak dicabul pekerja restoran

Sepasang suami isteri membuat laporan polis terhadap seorang pekerja restoran yang didakwa telah mencabul anaknya dalam kejadian Jumaat lalu.

Menurut pengadu, anak lelakinya yang masih bawah umur dicabul oleh pekerja restoran, ketika mangsa mahu menggunakan tandas premis tersebut.

“Selepas anak balik dari sekolah, kami terus pergi ke kedai makan ini. Anak bujang nak ke tandas. Bila kembali ke meja, dia menangis. Bila ditanya kenapa, dia senyap dan terus tak makan.

“Di dalam kereta, anak cerita salah seorang pekerja di kedai itu telah menarik seluarnya ketika dia mahu ke tandas. Siap cakap, ‘Nak tengok dah sunat ke belum’,” kata dalam hantaran di Facebook Group Semenyih.

Terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya, pengadu terus berpatah balik dan berdepan dengan lelaki terbabit.

“Saya patah balik dan tegur pekerja tersebut. Tetapi dia macam tak ada buat salah apa-apa pun. Budak-budak kecil ini mana pandai berbohong.

“Kemudian bos dia datang memohon maaf kepada kami. Kalau ikutkan, kami nak buat laporan polis. Tetapi kami fikirkan periuk nasi orang,” katanya.

Namun selepas berbincang, pengadu nekad membuat laporan polis agar pekerja terbabit dikenakan tindakan lanjut.

“Saya cuma pesan pada bos dia, orang seperti lelaki ini tidak boleh diambil bekerja dan akan memburukkan bisnes,” katanya.

Pengadu memberi peringatan kepada orang ramai khususnya ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk berhati-hati dan tidak membiarkan anak mereka pergi ke tandas bersendirian.

Sumber: Facebook

The post ‘Pekerja kedai tu tarik seluar anak saya’ – Suami isteri buat laporan polis, dakwa anak dicabul pekerja restoran appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar