-->

‘Bila ada kes dera, teringat lagu ni’ – Lagu Tangan Yang Menggapai, popular era 90-an solidariti mangsa kes dera

Lagu bukan sahaja diibaratkan sebagai satu simbolik perasaan tetapi juga dijadikan sebagai satu kempen kesedaran untuk diterjemahkan kepada individu atau masyarakat.

Sekitar anggaran tahun 90-an sebelum media sosial mendominasi, beberapa buah lagu dicipta untuk memberikan kempen kesedaran kepada masyarakat.

Sebagai contoh, lagu Tangan Yang Menggapai yang dinyanyikan oleh artis naungan NSR serta liriknya dicipta oleh Habsah Hassan dan Dennie Low, pernah menjadi igauan kanak-kanak ketika itu.

Video yang merakamkan lakonan kanak-kanak didera sehingga berdarah membuatkan sesiapa sahaja menjadi takut melihat insiden itu.

Difahamkan, lagu ini dicipta berdasarkan terdapat banyak kes-kes penderaan yang berlaku ketika itu dan kerajaan bertindak untuk menyampaikan mesej tersebut kepada rakyat melalui lagu tersebut.

Lagu berkenaan juga merupakan solidariti kepada kanak-kanak yang bernasib malang melalui trauma kes penderaan dan satu mesej kepada mangsa bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi trauma itu.

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah

Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh luka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Ke manakah hilang
Peri kemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan

Atas kesedaran
Mari kita pastikan
Kisah yang sedih
Tidak berulang

Menerusi komen di TikTok, netizen masih mengingati klip video yang ditayangkan ketika itu dan turut memuji inisiatif kerajaan yang menyedarkan rakyat melalui lagu ini.

Sumber: Razmy The Saudagar, YouTube Nostalgia Hassnny

The post ‘Bila ada kes dera, teringat lagu ni’ – Lagu Tangan Yang Menggapai, popular era 90-an solidariti mangsa kes dera appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar