-->

Persembahan Dolla, moshing dance di konsert KEPCI dikecam, dianggap tidak sesuai untuk jemputan anak-anak Tahfiz

Baru-baru ini satu konsert KEPCI Music Fest 2023 anjuran restoran khidmat segera, KFC telah diadakan bagi menghargai pelanggan sempena ulang tahun ke-50 di Stadium Malawati.

Konsert tersebut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut mengiringi kedatangan Perdana Menteri, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QSR Brands, Nehchal Khanna.

Penampilan artis-artis terkenal memeriahkan konsert yang berlangsung. Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Ella dan Misha Omar, Yonnyboii, MK K-Clique, Bunga, Dolla, COEX dan Luqman Podolski.

Kemeriahan konsert yang dihadiri oleh kira-kira 8,500 pengunjung itu bagaimanapun dikecam gara-gara tindakan sekumpulan golongan muda yang dianggap melakukan kelakuan liar dengan membuat tarian moshing di hadapan barisan kenamaan dan juga jemputan anak-anak Tahfiz.

Selain moshing dance, persembahan yang dipersembahkan oleh kumpulan Dolla juga dilihat tidak bersesuaian dengan tontonan anak-anak tahfiz.

Sementara itu, netizen mempersoalkan mengapa anak-anak Tahfiz berkenaan dijemput hadir ke konsert sebegitu.

“Ya Allah, ampunilah anak-anak tahfiz, mereka tidak tahu,” kata netizen.

“Saya tertanya-tanya apa tujuan mereka menjemput anak-anak tahfiz. Adakah mereka ingin melalaikan anak-anak ini dengan dunia mereka sekarang,” kata netizen lain.

Rentetan itu juga, ada yang mencadangkan agar ibu bapa kepada anak-anak tahfiz bertindak ke atas pengetua pusat tahfiz supaya perkara sebegini tidak berulang lagi.

Sumber: MeDin@

The post Persembahan Dolla, moshing dance di konsert KEPCI dikecam, dianggap tidak sesuai untuk jemputan anak-anak Tahfiz appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar