-->

Lelaki dilaporkan hilang sejak dua hari lalu oleh isterinya, ditemui mati tertiarap dalam longkang

Kehilangan seorang lelaki akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam longkang bersama dengan motosikal di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya terdahulu menerima dua laporan daripada majikan (pemilik motosikal) dan isteri mangsa pada 13 Ogos lalu yang melaporkan kehilangan lelaki itu.

Pada jam 2.13 petang Selasa, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah kembung di dalam longkang dan motosikalnya di bahu Jalan Pajam-Nilai-Salak.

Siasatan kemudian mendapati mangsa adalah lelaki India berusia 27 tahun dan dipercayai telah meninggal dunia di lokasi sebelum ditemui dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah setakat ini. Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian

The post Lelaki dilaporkan hilang sejak dua hari lalu oleh isterinya, ditemui mati tertiarap dalam longkang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar