-->

Janda baru bercerai, ‘bermain’ dengan penumbuk lesung batu sebelum tersangkut di dalam kemaluannya

Seorang wanita berusia 41 tahun di Indonesia mengadu sakit di bahagian kemaluannya kerana terdapat penumbuk lesung batu tersangkut di dalamnya.

Difahamkan, mangsa sebelum itu cuba berusaha mengeluarkan objek itu sendiri. Malangnya usahanya sia-sia dan akhirnya terpaksa datang ke hospital untuk mendapatkan bantuan.

Kejadian pelik itu dikongsi oleh seorang doktor di aplikasi TikTok pada 13 Ogos lalu yang menceritakan mangsa datang ke hospital tempat dia bekerja.

@tribun.jakarta

Wanita Ini Mengeluh Nyeri, Ternyata Ada Gagang Cobek Nyangkut di Kemaluannya_ Kok Bisa_

♬ suara asli – Tribun Jakarta Official – Tribun Jakarta Official

Menurut Dr Ikkay, mangsa mengadu sakit, ngilu di bahagian kemaluannya yang juga mengalami pendarahan.

Setelah menjalani pemeriksaan awal, tiada sebarang tanda-tanda mencurigakan kecuali denyutan nadinya yang agak laju berbanding kebiasaannya.

Doktor kemudian bertanya apa sebenarnya yang berlaku dan mangsa akhirnya mengaku bahawa dia seorang janda yang baru sahaja bercerai.

Pemeriksaan lanjut dilakukan di bahagian dalam kemaluan. Ketika disentuh, doktor mengesan objek keras dengan permukaannya tidak rata.

Pada masa sama, pesakit mengaku yang dia telah memasukkan penumbuk lesung batu ke dalam kemaluannya yang berakhir dengan insiden yang memalukan itu.

Mangsa dirujuk ke doktor pakar kebidanan dan kandungan untuk mengeluarkan objek tersebut. Tetapi objek itu tidak dapat dikeluarkan.

Memandangkan tiada pilihan lain, doktor terpaksa melakukan pembedahan segera ke atas wanita berkenaan untuk mengeluarkan objek tersebut.

Sumber: Disway, Tribun Jakarta

The post Janda baru bercerai, ‘bermain’ dengan penumbuk lesung batu sebelum tersangkut di dalam kemaluannya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar