-->

‘Awak masih berhutang dengan saya RM76,167,’ Hidayah beri peringatan kepada Ali Puteh untuk bayar hutang saman

Konflik yang melanda pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali sejak kematian Allahyarham Abam Bocey, sedikit sebanyak menjejaskan kariernya.

Lebih-lebih lagi apabila Ali diperintah oleh mahkamah untuk membayar saman puluhan ribu ringgit kepada Hidayah selepas dia tewas dalam perbicaraan saman fitnah yang difailkan oleh kakak iparnya itu.

Tidak mengalah dan terus bangkit untuk menyara kehidupan keluarganya, Ali mula berniaga secara online melalui aplikasi TikTok. Usahanya membuahkan hasil apabila ramai pengikut membeli produk yang dijualnya.

Berita kejayaan Ali itu turut disiarkan beberapa portal hiburan tempatan. Dalam masa sama, berita tersebut menarik perhatian Hidayah yang kemudian memberi peringatan kepada Ali untuk melangsaikan hutang samannya berjumlah hampir RM80,000.

“Baguslah, tapi duit saya menang saman dari 18 Februari 2022 sampai ke hari ini, 2023 belum bayar. Jangan buat-tbuat lupa ye. Dah bulan Ogos ni dan awak masih tak bayar lagi duit saya sampai sekarang.

“Jangan diam sahaja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini. Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman.

“Saman belum dibayar dari 2022 sehingga kini 2023. Sekarang kan viral tentang orang berhutang. Jadi hutang wajib kena bayar,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sumber: Instagram Siti Norhidayah Mohd Ali

The post ‘Awak masih berhutang dengan saya RM76,167,’ Hidayah beri peringatan kepada Ali Puteh untuk bayar hutang saman appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar