-->

Lelaki dalam perjalanan ke tempat kerja dirompak sekumpulan penyamun, kemaluannya dipotong menggunakan pisau

Seorang lelaki di Gurugram Haryana, India telah disamun oleh sekumpulan lelaki yang turut memotong kemaluannya dengan pisau sebelum melarikan diri dalam kejadian 10 Ogos lalu.

Mangsa, Dharmendra, 32, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya pada malam Khamis dan didatangi oleh empat suspek yang memakai topeng muka.

Bimbang melihat kehadiran suspek, mangsa cuba melarikan diri. Malangnya dia berjaya ditangkap oleh kumpulan terbabit.

Suspek merampas semua wang Dharmendra dan menolaknya sehingga jatuh ke tanah. Salah seorang suspek kemudian membuka seluar dan memotong kemaluannya menggunakan pisau sebelum melarikan diri.

“Mereka datang mengepung saya dan meminta saya menyerahkan wang. Saya hanya ada 40 rupee (RM2.24) sahaja dan mereka tetap nak samun.

“Bila saya tak nak bagi, salah seorang suspek serang dan memotong kemaluan saya menggunakan pisau.

“Saya masih trauma. Saya tak ada bermusuhan dengan sesiapa dan tidak pernah terbabit dalam apa-apa masalah sepanjang 18 tahun berada di Gugugram,” katanya.

Mangsa segera menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Polis mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada abang mangsa pada Ahad lalu, lalu mengambil keterangan dua beradik berkenaan bagi membuka kertas siasatan.

Keadaan mangsa masih dilaporkan kritikal dan polis kini sedang giat mengesan suspek.

Sumber: Hindustan Times, India Today

The post Lelaki dalam perjalanan ke tempat kerja dirompak sekumpulan penyamun, kemaluannya dipotong menggunakan pisau appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar