Tiga individu dilaporkan maut dalam kejadian pesawat ringan terhempas di jalan di Elmina, Denai Alam, hari ini.
Video yang sedang tular di media sosial menunjukkan sebuah kapal terbang rentung dan jalan raya dipenuhi dengan kesan terbakar.
Turut dikesan sebuah motosikal yang juga rentung dalam kejadian itu.
Ekoran kejadian itu, laluan di lokasi tersebut telah ditutup kepada semua kenderaan.
Info info elmina ada kapal terbang terhempas pic.twitter.com/zSlMKKbGdN
— シャザニ (@syzni_azmn) August 17, 2023
Menurut saksi yang berada di lokasi, pemilik motosikal berkenaan juga dilaporkan maut dalam kejadian itu.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.



Sumber: Sinar Harian, Kosmo! Online
The post Kapal terbang terhempas di Elmina, tiga individu dipercayai terkorban appeared first on The Reporter.