-->

‘Kau je banyak cekadak, takyah datang sini lagi’ – Owner kopitiam koyak dengan review jujur pelanggan

Sebagai pengusaha kedai makan atau restoran, kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan sebelum memikirkan soal keuntungan. Tetapi trend perniagaan pada hari ini, rata-rata lebih mementingkan keuntungan tanpa mengira makanan yang dijual itu sedap atau sebaliknya. Apatah lagi hendak mengambil tahu tentang kepuasan pelanggan.

Tular di media sosial pemilik kopitiam yang bertemakan konsep klasik, didakwa memberi respon yang biadab terhadap pelanggan yang meninggalkan komen jujur mengenai kedainya.

Terdahulu, ada seorang individu berkongsi mengenai kedai tersebut di media sosial, yang katanya penuh dengan vibe klasik. Tertarik dengan ciapan itu, ada netizen mula membuat carian di Google dan terkejut membaca review pelanggan dan respon daripada pemilik kedai.

“Meja tak lap sebelum pelanggan lain duduk, tiada pengurusan sistematik dan harga makanannya mahal. Mungkin akan berfikir dua kali sebelum nak repeat di kedai ini,” kata Siti.

“Keadaan kedainya agak kotor, kulit telur dibuang atas lantai, potong betul,” kata Noor.

“Agak mahal untuk tempat sarapan tempatan biasa. Difikirkan ia dinilai tinggi untuk mencubanya, tetapi makanan biasa-biasa dan mahal. Ya, takkan datang lagi,” kata Xuan.

Tidak berpuas hati dengan komen-komen tersebut, pemiliknya membalas, “Orang lain okay je, kau je banyak cekadak. Takyah fikir lagi nak datang ke sini. Tak perlu datang pun.

“Bukan jenis makanan anda. Maaf dan tolong jangan datang lagi. Ya Alhamdulillah, kami tidak melayan orang murahan”.

Di media sosial, netizen terkedu dengan cara pemilik kedai menjawab review berkenaan. Sedangkan kebiasaannya pengusaha kedai makanan akan memohon maaf di atas kekurangan dan kesulitan yang berlaku. Malah berjanji akan menambah baik kualiti makanan dan perkhidmatan.

“Cara dia respond orang review pun biadab. Ini jenis-jenis yang tidak boleh menerima teguran dan merasakan dirinya terpaling betul.

“Orang nak dia do better, patutnya cakaplah terima kasih bagi pandangan ke apa. Ini tak, kerek betul,” kata Ridxwan.

“Nanti bila dah kena boikot, mulalah salahkan orang lain dan kata hantar hantu ke kedai dia. Harga dia pun dah macam hantu. Itulah orang Melayu meniaga, nak kumpul duit pergi hari balik hari agaknya,” kata Wih.

Sumber: Twitter

The post ‘Kau je banyak cekadak, takyah datang sini lagi’ – Owner kopitiam koyak dengan review jujur pelanggan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar