-->

‘Kalau pelancong luar, kitorang caj RM30 untuk sekeping gambar’ – Photographer scammer di KLCC semakin rancak scam orang awam

Bagi yang tidak pernah datang ke Kuala Lumpur, bangunan Menara Kembar Petronas pasti menjadi satu kemestian untuk dikunjungi. Keunikan seni bina bangunan tersebut memukau para pelancong asing atau tempatan untuk mengambil gambar kenang-kenangan.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, muncul aktiviti haram yang katanya didalangi oleh warga asing mengambil kesempatan terhadap pelancong.

Kononnya memiliki kemahiran untuk mengambil gambar, mereka dengan sewenang-wenangnya mengenakan caj yang tidak berpatutan. Jika pelancong enggan menggunakan khidmat haram itu, mereka sedaya upaya merosakkan momen dan gambar yang diambil oleh pelancong itu sendiri.

Hal ini diakui oleh mereka yang pernah menjadi mangsa golongan berkenaan yang sanggup menggunakan cara haram untuk mendapatkan keuntungan. Sedangkan orang ramai bebas merakam gambar sendiri tanpa perlunya khidmat mereka ini.

“Saya pergi ke KLCC dengan isteri, nak ambil gambar dekat depan tu. Kami memang bawa tripod sendiri untuk ambil gambar. Dah setting cantik-cantik di tengah tu, mereka boleh pula suka-suka kacau gambar kami, photobomb gambar kami.

“Selepas tu, mereka suruh orang lain yang nak menggunakan khidmat mereka, duduk di sebelah kami. Eii, memang kurang ajar pendatang asing ni,” kata Fthi.

“Masalahnya, yang buar onar itu semuanya adalah orang luar, bukannya orang Malaysia. Tetapi para pelancongg ingat mereka orang Malaysia. Buat busuk nama negara kita. Pihak berkuasa tak ambil tindakan ke?” soal Fariz.

“Hari tu pergi KL, nak ambil gambar dekat KLCC. Saya kan berasal dari Sarawak, mestilah nak datang ambil gambar tengah-tengah KLCC untuk kenangan.

“Mereka siap sound suruh ke tepi hanya kerana kami mengambil gambar sendiri, bukannya menggunakan khidmat mereka.

“Kalau beginilah adab, mungkin semakin berkurangan yang datang melancong ke sana nanti. Sudahlah kurang ajar,” kata Liyana.

“Saya dah terkena dua minggu lepas. Seorang lelaki ini tawarkan diri untuk ambil gambar dengan harga RM10 saja. Selepas bergambar lebih kurang lapan keping, dia tanya nak ambil yang mana satu. Saya kata ambil semua dan dia hantar ke handphone suami.

“Dia minta RM80, caj RM10 sekeping. Mula-mula cakap lain, memang dah terkenalah. Selepas itu dia pau kakak saya pula. Jual lensa tu RM30 sebijik. Untung besarlah dia hari tu. Apa boleh buat, terpaksalah bayar sebab tak nak keruhkan keadaan.

“Dia siap cakap, kalau pelancong luar negara dia caj RM30 sekeping gambar. Kau rasa? Kitorang ni orang Malaysia sendiri pun dia kikis habis,” kata Ha.

Sumber: Instagram Travel Jimat

The post ‘Kalau pelancong luar, kitorang caj RM30 untuk sekeping gambar’ – Photographer scammer di KLCC semakin rancak scam orang awam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar