-->

KJ akui sudah tidak rindukan jawatan Menteri, pasang impian mahu jadi pelakon

Jika sebelumnya, suara bekas ahli politik ini hanya kedengaran menerusi sidang parlimen, sidang media dan juga dilaporkan kenyataannya melalui akhbar.

Kini, suaranya didengari pula sebagai penyampai radio di sebuah stesen radio yang terkenal.

Namun begitu, apabila disoal dalam satu temu bual bersama pempengaruh Mek Yun tentang pengalaman menjadi menteri dan DJ, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ menyatakan beliau sudah tidak merindui untuk menjadi seorang Menteri.

“Sebab saya dah keluar sekejap daripada politik, sangat menyeronokkan bila jadi DJ. Dan saya tak berapa rindu jadi Menteri,” katanya.

KJ juga menyatakan beliau menaruh impian untuk menjadi seorang pelakon apabila disoal mengenai kerjaya beliau jika tidak menjadi ahli politik.

Sumber gambar: Unreserved

“Saya sekarang ni bercita-cita nak jadi pelakon. Mungkin boleh cadangkan kepada saya watak apa yang patut saya main,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, KJ juga menasihati orang ramai terutamanya anak muda supaya mencapai impian masing-masing dan tidak perlu untuk mengejar cita-cita orang lain.

@mekyunnnn

Harini Mekyun interview Tuan KJ kita!! 🥹 Next Mekyun patut interview siapa pulak? 😃 Btw Tuan KJ tanya watak apa yang sesuai untuk beliau berlakon dalam filem? 🤣 #fyp

♬ original sound – Mekyun – Mekyun

Sumber: TikTok

The post KJ akui sudah tidak rindukan jawatan Menteri, pasang impian mahu jadi pelakon appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar