-->

Wanita alami penyakit misteri selepas rawat kongkang cedera parah di kepala, rumah didatangi haiwan berbisa

Niatnya hanya mahu merawat seekor kongkang yang dilihat cedera parah dengan dahi berlubang seolah-olah dipukul.

Selepas kejadian didatangi haiwan ini, wanita ini mendakwa dia terlantar sakit selama tiga bulan.

“Kongkang ni boleh sampai ke rumah pada waktu Maghrib. Aku dengan kesiannya keluarlah dari rumah pergi tengok kepala kongkang ni yang berdarah.

“Aku tuang minyak dan adik aku tangkap dia, letak dalam sangkar sebab nak lepaskan dia jauh dalam bukit sana,” tulisnya.

Tiga kali haiwan itu datang semula

Selepas menyelamatkan haiwan liar itu, mangsa mula mengalami demam panas dan suhu badannya tidak menurun. Pada malam itu juga, kongkang berkenaan datang semula ke rumahnya dengan keadaan kepalanya masih cedera. Bermula daripada saat itu, mangsa mengalami beberapa peristiwa mistik yang tak tercakap dek akal.

“Tiga kali kongkang tu datang walaupun dah dibuang jauh. Dan malam itu juga terdengar orang baling pasir atas bumbung rumah, dengar orang menangis depan pintu bilik.

“Lepas tu tiba-tiba datang lipan bara bawah bantal aku tidur, ular masuk rumah dan semua binatang yang berbisa,” tulisnya.

Selain itu, mangsa turut diuji dengan rasa sakit yang luar biasa sehingga terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Aku muntah dengan sakit dalam perut masa tu. Tapi bila masuk hospital, doktor tak dapat nak sahkan aku sakit apa,” katanya.

Cukuplah pengalaman selama beberapa bulan

Mangsa mula mendapatkan bermacam-macam jenis rawatan, sehingga dia mengambil inisiatif untuk mencuba mendapatkan rawatan kampung bagi memulihkan keadaannya.

“Hari pertama dia bergayut di tingkap, darah menitik sampai ke lantai. Habis satu muka berdarah. Tapi saya tak pegang dan sentuh langsung, hanya tuangkan minyak gamat dari jauh,” katanya.

Di akhir perkongsian, mangsa memaklumkan dia sebenarnya telah menjadi mangsa sihir individu yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ada yang akan mempercayai ceritanya, namun bagi mereka yang pernah menjadi mangsa akan memahami keperitan yang dihadapinya.

“Orang yang tak pernah merasa dia akan cakap benda ini merapu saja. Hanya orang yang rasa saja, dia tahu sakitnya macam mana terkena buatan orang ini.

“Cukuplah pengalaman selama beberapa bulan ini dalam hidup aku. Yang takkan pernah aku lupa sampai ke mati. Semoga Allah pelihara kita semua dan dijauhkan daripada benda-benda tak elok,” tulisnya.

Menerusi komen, ada netizen mengatakan haiwan ini seringkali dijadikan sebagai penghantar santau dan sihir.

“Jika nampak kongkang datang dalam bentuk tengkorak macam tu, maknanya dah ada orang hantar,” kata Taufiq Hidayah.

Sumber: TikTok

The post Wanita alami penyakit misteri selepas rawat kongkang cedera parah di kepala, rumah didatangi haiwan berbisa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar