-->

‘Kau buat apa dekat anak kau?!’ – Budak 8 tahun disyaki didera oleh ibu & rakannya berperwatakkan lelaki

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun didera oleh ibu kandung dan rakannya dalam kejadian di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor.

Perbuatan dua wanita itu terbongkar selepas penduduk di kawasan kejiranan itu menyerbu kediaman berkenaan yang diduduki oleh mangsa bersama ibunya berusia 27 tahun dan rakan wanita berperwatakan tomboy berusia 30 tahun.

Video kejadian itu juga turut tular di media sosial dan menunjukkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang badannya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, mengesahkan kejadian itu. Dua suspek terbabit telah ditahan pada jam 12.30 tengah malam semalam, untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ibu mangsa yang merupakan warga asing direman selama enam hari. Manakala rakannya pula direman selama tujuh hari.

Polis turut merampas dua batang rotan yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor juga sedang mendapatkan maklumat mengenai waris atau Orang Yang Layak atau Sesuai untuk memberi perlindungan sementara atau tetap terhadap mangsa.

Difahamkan, ibu bapa mangsa telah bercerai dan mangsa bersama kakaknya berusia sembilan tahun dijaga oleh datuk dan neneknya di Kedah. Namun, mangsa diambil semula dan dijaga oleh ibunya sejak setahun yang lalu.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Kau buat apa dekat anak kau?!’ – Budak 8 tahun disyaki didera oleh ibu & rakannya berperwatakkan lelaki appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar