-->

‘Saya akan cari dia (wartawan) sampai lubang cacing’ – Tayang kertas undi, Sanusi kata tak sengaja sebab leka layan petugas media

Ketika hari pembuangan undi semalam, Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa telah menayangkan kertas undi kepada petugas media sebelum memasukkan kertas undi itu ke dalam kotak undi SPR. Sekali gus telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mengikut akta tersebut, pengundi yang didakwa melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman pejara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Portal MalaysiaKini sbelum ini pernah melaporkan kejadian serupanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Besut 2013 di mana calon BN ketika itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang didapati melakukan kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan dikenakan dan Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri ABdul Aziz Mohd Yusof, hanya sekadar memberi teguran sahaja.

Sementara itu, Sanusi pada hari ini memaklumkan beliau tidak berniat untuk menayangkan kertas undi dan kejadian itu berlaku di luar kawalannya kerana melayan kehendak petugas media yang memintanya berpusing ke kanan dan kiri.

“Tak terniat saya untuk pamer, tapi bila kelam-kabut melayan permintaan rakan-rakan wartawan, bila saya pusing sana sini kertas itu terbuka, dia lipat duit, bila lipat nak masuk dalamtong, depa kata pusing sini dulu. Saya pusing.

“Saya layan kehendak wartawan, tapi mereka perkena saya ‘tang’ gambar itu. Kalau saya nak pamer, saya kena angkat macam tu (lebih tinggi),” katanya memetik laporan daripada Harian Metro, Ahad, 13 Ogos 2023.

Sanusi juga kesal dengan tindakan petugas media yang menggunakan tersebut berbanding gambar lain yang lebih elok untuk digunakan dalam laporan mereka.

“Saya rasa satu etika yang tidak bagus untuk wartawan kan, banyak lagi gambar yang elok. Pasai apa pilih gambar itu. Saya akan cari dia sampai lubang cacing untuk bagi nasihat kepadanya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Saya akan cari dia (wartawan) sampai lubang cacing’ – Tayang kertas undi, Sanusi kata tak sengaja sebab leka layan petugas media appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar