-->

‘Kau b###h ke?! Tak nampak eh?!’ – Pemandu Nissan Navara dipandu laju, rempuh kenderaan lain di Tol Putrajaya

Tular di media sosial menunjukkan beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian yang berlaku di Plaza Tol Putrajaya, semalam.

Kemalangan itu dipercayai membabitkan empat buah kenderaan lain, antaranya kereta Perodua Alza yang membawa penumpang kanak-kanak.

Menurut TikToker, Puteri Cadar yang berkongsi video selepas kejadian itu berkata, pemandu Nissan Navara itu memandu laju semasa menghampiri plaza tol.

“Laju-laju nak pergi mana. Allah lindungi kami. Sebelum nak masuk tol ini, ada tol satu lagi. Tapi kad Touch & Go rosak.

“Kalau awal tadi, tak tahulah apa nasib kami. Kami lambat sikit saja. Jenis ada manusia bangang dekat tol pun nak bawa laju. Habis dia rempuh,” katanya.

Dalam video berdurasi hampir dua minit itu juga menunjukkan salah seorang mangsa wanita memarahi pemandu Nissan Navara.

“Kau bodoh ke?! Tak nampak eh?!”

Polis juga dilihat telah berada di lokasi kejadian dan mengambil keterangan pemandu Nissan Navara dan merakam gambar-gambar kejadian untuk tindakan lanjut.

Pengguna jalan raya terutamanya pemandu kenderaan pacuan empat roda dinasihatkan tidak memandu secara berbahaya sehingga mengundang kemudaratan pada pengguna lain.

Tindakan memandu seperti tiada hari esok bukan sahaja boleh menghilangkan nyawa anda, tetapi juga nyawa orang-orang yang tidak bersalah.

Sumber: TikTok

The post ‘Kau b###h ke?! Tak nampak eh?!’ – Pemandu Nissan Navara dipandu laju, rempuh kenderaan lain di Tol Putrajaya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar