-->

‘Jangan keluar sampai 2-3 pagi suka-suka tak ingat dunia’ – Wanita ketawa mengilai secara tiba-tiba, buat rakannya kecut perut

“Kepada kaum wanita, jangan keluar sampai 2-3 pagi suka-suka tak ingat dunia,” demikian peringatan daripada TikToker Eyyzz, susulan dia dan beberapa lagi rakan lain mengalami insiden yang tidak dijangka.

Difahamkan, Eyyzz bersama empat rakannya keluar bersama pada malam kejadian menuju ke Pandamaran dari iCity. Ketika dia sedang memandu, salah seorang rakannya yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan secara tiba-tiba ketawa mengilai tanpa sebab.

“Kami berlima dalam kereta ini. Saya yang pandu kereta. Kemudian dia seorang je gelak tanpa sebab. Katanya stress, tapi bukan.

“Dia duduk di depan, member di belakang dah mula risau sebab nampak dia lain dan dia tak pernah gelak macam tu,” katanya.

Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, rakannya terus membuka surah elak gangguan jin dan secara tiba-tiba mangsa muntah.

Meskipun berlaku perkara yang membuatkan bulu romanya meremang, Eyyzz tiada pilihan lain dan terus fokus pada pemanduan agar mereka selamat sampai ke destinasi.

“Selepas muntah tu, semua kembali normal,” ujarnya yang turut memaklumkan hanya sehelai mee yang keluar dari mulut rakannya berkenaan.

Di ruangan komen, ada netizen memaklumkan, ‘benda’ tersebut sememangnya aktif pada jam 2-3 pagi dan akan menyasarkan individu yang lemah semangat. Mangsa hanya akan kembali pulih selepas masuk waktu Subuh.

Sumber: TikTok

The post ‘Jangan keluar sampai 2-3 pagi suka-suka tak ingat dunia’ – Wanita ketawa mengilai secara tiba-tiba, buat rakannya kecut perut appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar