-->

Ibu 2 anak maut selepas minum sebanyak 1.89 liter air dalam masa 20 minit, disahkan alami keracunan air


INDIANA – Gara-gara minum air sebanyak 1.89 liter dalam masa 20 minit, seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia.

Kematian Ashley Summers, ibu kepada dua anak ini dikatakan kerana mengalami keracunan air dalam badannya.

Pada mulanya, wanita itu mengadu kepada keluarganya dia berasa pening dan sakit kepala kerana dehidrasi. Untuk itu, dia mula minum empat botol air untuk menghilangkan rasa hausnya.

Setibanya di rumah, dia tiba-tiba rebah di garaj kerana otaknya mengalami bengkak yang teruk. Selepas itu, dia tidak pernah sedarkan diri.

Di hospital, doktor yang mendiagnosis keadaannya merumuskan dia mengalami keracunan air atau istilah lain dipanggil hyponatremia.

Keadaan itu berlaku kerana seseorang itu minum terlalu banyak air selain tidak cukup sodium dalam badan.

Keluarga Summers bercuti ke Tasik Freeman iaitu sebuah destinasi musim panas popular yang terletak kira-kira 128.7 kilometer (km) dekat utara Indianapolis, dalam lawatan bot percutian hujung minggu selama empat hari bermula 1 Julai lalu.

Pada pagi Selasa, keluarganya memberitahu Summers mengalami dehidrasi dan tidak minum air mencukupi untuk menghilangkan dahaga.

Pada petang hari sama abangnya, Miller mendapat panggilan yang membimbangkan mengenai keadaan adiknya daripada adik-beradik yang lain.

Summers dikatakan rebah di garajnya dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kesihatan Arnett untuk menerima rawatan lanjut.

Dia menceritakan, kakaknya, Holly ada menelefonnya dan memberitahu keadaan Summers sangat teruk sambil menambah, “Ashley berada di hospital kerana otaknya bengkak dan mereka tidak tahu apa puncanya. Mereka tidak tahu apa boleh dilakukan untuk merawatnya dan ia tidak kelihatan baik”.

Summers masih tidak sedarkan diri dan doktor mendiagnosisnya mengalami keracunan air atau hipornatremia.

Keadaan ini berlaku apabila seseorang meneguk jumlah air yang berlebihan dalam saluran sempit, yang mengatasi keupayaan sistem organ kompleks badan terutama buah pinggang bagi mengawal keseimbangan cecair.

Sumber: Inside Edition, Berita Harian

The post Ibu 2 anak maut selepas minum sebanyak 1.89 liter air dalam masa 20 minit, disahkan alami keracunan air appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar