-->

Dikecam jual Omelette Thai dengan harga RM13, peniaga tampil pertahankan harga yang ditetapkan

Seorang peniaga makanan berasaskan masakan Thailand dikecam gara-gara menjual menu telur dadar atau Omelette Thai dengan harga RM13.

Harga tersebut dikatakan sangat mahal walaupun hanya menggunakan tiga biji telur. Menurut netizen, jika diletakkan bahan tambahan seperti ayam, udang dan sebagainya, harga tersebut dikira logik.

Namun begitu, wanita ini mempertahankan harga tersebut dan mendakwa telah membuat tinjauan di beberapa kedai lain.

“Harga RM13 saya letak ni saya dah survey dah harga kat luar macam mana orang letak, macam mana orang buat dan macam mana orang masak.

“Dulu RM8, tak ada tauge, tak ada prik nam pla, tak ada bahan-bahan tambahan jadi kali ni lebih berbaloi.

“Kalau saya letak udang, ayam, oyster lagi la saya tak boleh bagi harga ni,” katanya.

@daniasedek

Replying to @. Insyallah lepas saya dh kire semua kos & timbang semua perkara , Ini adalah harga terbaik untuk kepuasan pelanggan. Bagi yang suke dengan Omellete special, Pastu akan menyukai dan berpuas hati dengan Omelette Thai With Prik Nam Pla bersama Taugeh Ipohh…

♬ original sound – Dania Sedek – Dania Sedek

Beliau juga tidak menolak isu harga yang sering diperkatakan dan menyatakan pelanggan tidak hanya perlu fokus pada harga, tetapi kualiti masakan yang dibuat.

“Kita jangan tengok kat telur tu je tapi kena tengok apa yang diletakkan dalam bahan tu,” katanya.

Bukan sahaja keistimewaan bahan tambahan dalam menu telur dadar peniaga ini, malahan pelanggan juga akan dapat menikmati telur dadar itu dengan gorengan minyak yang baru.

“Setiap kali beli telur, akan dapat minyak baru sekali. Lepas tu kita kena tengok jugak kos bekas, kos packaging. RM13 tu sebenarnya dah berpatutan dah,” katanya.

Sumber: Dania Sedek

The post Dikecam jual Omelette Thai dengan harga RM13, peniaga tampil pertahankan harga yang ditetapkan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar