-->

‘Dalam sejarah, wakil TikTok bagitahu 21 juta like, 21 ribu memandang & 3K pack terjual dalam masa dua jam’ – Achey & isteri sebak dengan rezeki Tiara

Keletahnya sentiasa menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi tular tentang dirinya yang suka mengikut bapanya mengerjakan solat Jumaat.

Tiara Zinnirah, anak kepada pelawak terkenal Achey Kintang Kintung baru-baru ini telah membuatkan Achey dan isterinya terharu dan sebak dengan rezeki atau tuah anaknya.

Menerusi satu hantaran, Achey menceritakan Tiara menyatakan hasrat mahu menjual coklat gara-gara terpengaruh satu video dari negara seberang. Tanpa menghampakan anaknya, Achey dan isterinya Anna menyempurnakan impian anak mereka dengan menjual coklat tersebut pada sesi live di TikTok.

Apa yang mengejutkan, sesi live tersebut telah mendapat 21 juta like, 21 ribu yang melhat dan maksimum 3,000 bungkusan berjaya terjual.

@achey_kintangkintung

NUR TIARA ZINNIRAH NASIR BTE ABD HAQ .. Apa yang korang sayang sangat kat dia ni??? … 21juta like .. 21view maxsimum.. 3000pack sold out.. dalam masa 2 jam.. #tiarabottolcandy #terimakasih #anakachey #tiarazinnirah

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

“Dia live dengan ayah 15 minit, dah terjual 300 pack. Malam tadi sejarah sampai wakil TikTok call bagitahu 21 juta like, 21 ribu mata memandang dan maksimum 3,000 pack terjual dalam masa dua jam,” tulisnya.

Berdasarkan satu hantaran di TikTok juga, Achey dan Anna seperti hilang kata-kata dengan rezeki yang diperolehi anaknya. Bukan sahaja bungkusan tersebut habis terjual, malahan sesi live tersebut juga mendapat beberapa gift yang mahal dari netizen.

Kelihatan juga Tiara sudah kepenatan mempromosikan barangan sehingga tertidur.

Ernie Zakri turut terkesan

Sesi live tersebut juga bukan hanya menarik perhatian netizen, malah menarik perhatian penyanyi, Ernie Zakri yang juga kelihatan sebak melihat semangat Tiara.

“Tolong bagitahu kalau Tiara buat live lagi. Kak Ninie nak beli candy Tiara,” tulisnya.

Melihat telatah Tiara, netizen memuji sikap dan didikan pasangan suami isteri tersebut kepada anak mereka.

“Sebak baca. Setiap video Tiara, pasti mengundang senyum dan tawa saya bila melihatnya. Hebat didikan ayah dan ibunya. Semoga dilimpahi rezeki seluas lautan untuk Tiara sekeluarga,” tulis azurepurple.

“Sebak tengok live. Jaga la sebaik-baik amanah Allah ni, dia la asbab rezeki keluarga korang dimurahkan. Bertuah Achey dan isteri,” tulis haniyyah.

“Bagus cara diorang didik Tiara tiada sangat protokol anak seorang artis. Tiara jalani hidup seperti kanak-kanak lain,” kata Inaa.

Sumber: Kedai Achey Kintang Kintung, Ernie Zakriez, Achey Kintang Kintung

The post ‘Dalam sejarah, wakil TikTok bagitahu 21 juta like, 21 ribu memandang & 3K pack terjual dalam masa dua jam’ – Achey & isteri sebak dengan rezeki Tiara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar