-->

‘Janganlah unfollow saya’ – Aliff Syukri rayu netizen jangan unfollow dia hanya kerana Ira Kazar mempromosi produknya

Baru-baru ini usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memilih isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, iaitu Ira Kazar untuk mempromosikan produknya.

Tindakannya itu telah mengejutkan banyak pihak dan mengundang kecaman netizen. Mereka berpendapat Aliff seolah mengambil kesempatan menggunakan kuasa tular sebagai satu pendekatan untuk meraih keuntungan.

Akibatnya, ramai netizen membuat keputusan untuk tidak lagi mengikuti usahawan berkenaan di mana-mana platform media sosial.

Menyedari situasi tersebut, Aliff tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut. Jelasnya, dia tidak menyokong apa-apa soal peribadi yang berkaitan dengan Ira Kazar, mahu pun pihak lain.

“Kenapa nak kecam saya ambik Ira? Saya tak masuk campur hal peribadi orang lain. Bagi saya doakan yang terbaik untuk mereka, kita tak tahu apa yang mereka alami.

“Saya hanya bersikap profesional dalam urusan bisnes sahaja,” katanya.

Beliau juga menyatakan sebelum ini dia pernah bekerjasama dengan pelakon Puteri Sarah semasa mempromosikan tudung sarung keluaran syarikatnya dan sambutan ketika itu sangat menggalakkan.

“Saya tidak menyokong mana-mana pihak, saya hanya fokus kepada bisnes saya sahaja.

“Kepada semua, janganlah unfollow saya. Belilah produk saya,” katanya.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

The post ‘Janganlah unfollow saya’ – Aliff Syukri rayu netizen jangan unfollow dia hanya kerana Ira Kazar mempromosi produknya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar