-->

Lelaki didakwa rogol, liwat dua anak jirannya berusia 12 & 11 tahun di Krubong sejak November 2022

Seorang lelaki berusia 29 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka semalam, atas 22 pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak jirannya.

Tertuduh, Mohd Nor Ezzat Ridzuan, 29, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.

Bagi empat pertuduhan, tukang pasang kanopi itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan sejak mangsa berusia 12 tahun, manakala empat lagi pertuduhan dilakukan terhadap adik mangsa berusia 11 tahun 5 bulan.

Empat pertuduhan lain, tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama ketika berusia 12 tahun.

Tertuduh turut didakwa dengan empat pertuduhan melakukan kesalahan seks menggunakan objek terhadap mangsa sama selama enam bulan sehingga berusia 12 tahun 9 bulan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh di Krubong sejak November 2022 hingga 13 Julai 2023.

Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh. Kes akan disebut semula pada 27 September ini.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

The post Lelaki didakwa rogol, liwat dua anak jirannya berusia 12 & 11 tahun di Krubong sejak November 2022 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar