-->

‘5 tahun kerja macam adik beradik, tapi senyap-senyap dia jalan dengan orang lain’ – Chef Ammar nafi aniaya runner

Awal Ogos yang lalu, seorang pemilik syarikat perkhidmatan penghantaran meluahkan rasa kesal dengan Ammar yang didakwa telah menganiayanya hanya kerana dia menghantar tempahan makanan restoran lain.

Menurut pengadu, chef berkenaan menuduh dia tidak mengenang budi, sekali gus memusnahkan kerjasama yang telah terjalin sejak lima tahun lalu.

“Dia kata, kalau you ambil produk Nasi Pakistan, you tak boleh ambil produk saya. Come’on lah Chef, saya bekalkan servis, bebas buat penghantaran produk apa sahaja. Adil ke chef buat saya macam ni?” katanya.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan ramai yang dapat meneka chef yang dimaksudkan oleh pengadu.

Baca artikel berkaitan: ‘Tuduh kawan makan kawan, adil ke Chef buat saya macam ni?’ – Usahawan kesal dianiaya oleh Chef Nasi Arab

‘Dia yang datang cari saya’

Dalam temubual bersama Oh My Media (OMM), Chef Ammar tampil menafikan dakwaan dia telah menganiaya pengadu. Malah, kenyataan kawan makan kawan yang dibuatnya di media sosial sebelum itu adalah ditujukan kepada umum.

Menurut Chef Ammar, dia pada awalnya tidak mengenali lelaki itu yang datang bertemu dengannya untuk membuat pesanan yang banyak.

“Saya tak kenal dia, dia yang datang cari saya. Lima tahun lepas dia datang dekat saya kata nak order 100 bekas. Tapi saya bagi nasihat, 100 ni boleh bagi on time ke? Dia tunjuk tanda bagus dan kata jangan risau, dia tahu kerja dia.

“Dua tiga hari dia tak datang dekat saya, orang hentam saya. Sebab apa? Sebab makanan lambat sampai. Saya minta maaf, mungkin dia ada banyak order, tetapi orang cakap macam-macam dekat saya. Tak apalah.

“Inilah cara dia kenal saya, bukan saya kenal dia. Dia yang kenal saya.

5 tahun kerja dah macam adik beradik tapi…

“Lima tahun kerja/freelance dengan dia, dah macam adik beradik. Macam-macam jadi, seronok, marah, menangis, nasihat. Tapi senyap-senyap dia jalan dengan orang lain. Alasan sebab saya (nasi Arab) dah tak laku.

“Saya tak nak cakap dia orang tak baik, dia orang baik. Dia orang rajin, amanah, orang yang nak bekerja. Tetapi dia kena tahulah yang dia bukanlah partner saya. Dia seorang runner.

“Saya bukan sakit hati, tapi terkejut dengan apa yang dia kata. Kalau orang lain, mesti rasa hal yang sama juga,” ujarnya.

Sumber: Oh My Media

The post ‘5 tahun kerja macam adik beradik, tapi senyap-senyap dia jalan dengan orang lain’ – Chef Ammar nafi aniaya runner appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar