-->

‘Lepuk dengan sehelai kertas, bukan kayu’ – Sanusi jelaskan dia hanya sekadar bergurau

Sanusi

Susulan tular video pukul kepala seorang wanita menggunakan segulung kertas, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor tampail menjelaskan beliau hanya sekadar bergurau.

Berkata kepada MalaysiaKini, perkara itu berlaku pada Sabtu lalu dan dia hanya menegur pelajar berkenaan dengan gurauan sedemikian kerana lambat memohon bantuan.

“Lepuk dengan sehelai kertas saja, bukan dengan kayu. Melawak dengan anak-anak, lagu tulah cara kami kat kampung ni melawak,” katanya.

Jelas Sanusi, pelajar berkenaan bakal memasuki politeknik keesokan hari dan baru sahaja memohon sumbangan pada hari yang sama.

“Anak tu nak masuk politeknik esok hari, pada hari tu baru bagi surat minta sumbangan. Kena lepuklah. Tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik,” katanya.

Semalam kecoh di media sosial netizen mengecam tindakan Sanusi yang dianggap keterlaluan. Namun bagi orang Kedah, mereka mengakui itulah cara mereka bergurau sesama sendiri di mana ia kelihatan kasar tetapi tidaklah keterlaluan.

Sumber: MalaysiaKini

The post ‘Lepuk dengan sehelai kertas, bukan kayu’ – Sanusi jelaskan dia hanya sekadar bergurau appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar