-->

Tk suka orang tegur pasal Aurat? Penyanyi remaja ‘sound’ netlzen

Penyanyi dan personaliti media sosial, Masya Masyitah menasihati netizen yang sering menegur penampilan fesyen muslimah agar mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum berkata-kata.
Cermin diri sendiri sebelum bercakap buruk. Memetik laporan Kosmo! Online, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff berlapang dada dengan segala teguran umum yang diberikan oleh netizen terhadap dirinya.
Namun, penyanyi berusia 23 tahun itu enggan memeningkan kepala dengan kritikan yang tidak berfaedah kerana dirinya lebih mengetahui apa yang terbuku di hati terutama perihal pendirian dan iman.
“Saya bukan muslimah yang sempurna. Banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Orang nak kutuk atau kritik, itu terpulang kepada mereka.
“Nasihat saya, lebih baik cermin diri terlebih dahulu sebelum bercakap buruk tentang orang lain,”katanya.
Malas nak ambil tahu, ada orang berniat jahat nak jatuhkan Masya
Tambah pelatun lagu Halimunan, dirinya sebenar malas mahu mengambil pandangan negatif orang ramai terhadap dirinya.
Namun, ia bukanlah pematah semangat buat selebriti kelahiran Kulim, Kedah ini untuk terus istiqamah bertudung.
“Saya sebenarnya, malas nak ambil tahu tentang pandangan khalayak tapi saya tahu, di luar saya ada yang berniat baik dan ada juga yang suka tengok kita jatuh,”
“Mereka boleh cakap apa yang mereka suka namun yang tahu siapa diri ini hanya saya dan Allah SWT. Saya masih belajar untuk mengikut suruhan dan ajaran Islam sebaik mungkin,”jelasnya.
Masya berkata, dirinya mengakui kadangkala dirinya tersasar dalam menggayakan fesyen, namun menganggap ia sebagai seorang lumrah yang tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan.
“Kadang-kadang, saya tersasar tapi saya percaya, itu lumrah manusia.
“Orang cakap saya pakai tudung tapi tak ikhlas, itu masalah mereka. Saya masih mengenal agama dan saya yakin ramai wanita di luar sana sama seperti saya,” getus Masya.
Sebelum ini, Masya menjadi mangsa kecaman ramai apabila tampil menggayakan baju sekolah dengan stokin ala-ala pelajar Jepun sehingga menampakkan kulit pahanya,
Bukan itu sahaja, Masya turut berkongsi beberapa foto dirinya bermain badminton dengan menggayakan hoodie sehingga mendedahkan bahagian lehernya, semalam.
Sumber : ohmy medla
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
LihatTutupKomentar