-->

‘Cleaner’ mengaku rogol 2 anak kandungnya berusia 12 & 15 tahun, sejak 6 tahun lepas

Seorang pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Muar hari ini atas 19 pertuduhan merogol dan 11 pertuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-19, tertuduh yang berusia 53 tahun itu didakwa merogol dua anak perempuannya yang kini berusia 15 dan 12, di dua buah rumah di Bakri dan Jalan Jeram Tepi, di Muar sejak 2018 dan kali terakhir pada 9 Julai lepas.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu semasa kedua-dua anaknya berusia 11 tahun.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke-21 hingga ke-30 pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kedua-dua mangsa di lokasi dan masa yang sama dan bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi penyediaan fakta kes serta tarikh jatuh hukum.

Hakim Abu Bakar Manat kemudiannya menetapkan 8 Ogos depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Sumber: Bernama

The post ‘Cleaner’ mengaku rogol 2 anak kandungnya berusia 12 & 15 tahun, sejak 6 tahun lepas appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar