-->

‘Bos dah lari, kami terpaksa turunkan harga menu untuk cover gaji tertunggak’ – Pekerja restoran terpaksa teruskan operasi di MyTown

Nasib malang menimpa pekerja di sebuah restoran Thailand di pusat beli belah MyTown, apabila mereka terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk meneruskan operasi perniagaan itu selepas majikan mereka didakwa melarikan diri kerana hutang keliling pinggang.

Mereka terpaksa menurunkan harga menu supaya dapat menarik ramai pelanggan datang ke restoran tersebut dan hasil yang diperolehi digunakan untuk menampung gaji mereka yang tertunggak.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi, pihak MyTown tidak mengenakan sewa selama dua bulan.

“Sempena bos dah lari, MyTown bagi bantuan tak kenakan sewa selama 1-2 bulan.

“Jadi kami turunkan harga menu supaya orang datang makan untuk cover gaji yang tertunggak. Jom bantu kami dengan makan kat sini, ya,” tulisnya.

Melalui perkongsian di TikTok Restoran Bangkok Wasabe & So Thai itu, dikatakan kebanyakan menu sudah tidak disediakan.

Dalam pada yang sama, mereka juga risau jika tidak dapat menampung kos sebanyak RM9,600 dalam jangka masa yang singkat.

“Kedai pun dah semakin perlahan sekarang, beli barang masak kat pasar Chow Kit sendiri, guna duit hasil jualan, nak pusing buat untung dapatkan gaji balik.

“Terima kasih pengurusan MyTown kerana ihsan menolong kami, tapi semua bergantung pada pelanggan untuk datang makan.

“Semoga Allah permudahkan urusan kami dan semoga bos yang lari mendapat balasan setimpal atas apa yang dilakukan,” katanya.

Menerusi ruangan komen, dikatakan majikan mereka mempunyai banyak hutang atas kesilapannya sendiri dan tidak dapat menanggung segala kos hutang.

Sumber: TikTok

The post ‘Bos dah lari, kami terpaksa turunkan harga menu untuk cover gaji tertunggak’ – Pekerja restoran terpaksa teruskan operasi di MyTown appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar