-->

‘Takkan sekeping pisang goreng nipis macam ni 70 sen?’ – Lelaki terkejut gerai jual 5 keping pisang goreng RM2.00

Seorang lelaki meluahkan rasa terkejut dengan harga pisang goreng yang dijual di gerai tepi jalan yang menurutnya tidak masuk akal.

Bukanlah mahu berkira, tetapi sebagai pembeli dia perlu tahu mengapa harga makanan kegemaran ramai itu naik secara mendadak.

“Aku ni ambil lori tengah hari semalam. Dengan perut lapar dan dahaga sebab tak bersarapan pagi. Nampak pula orang berniaga pisang goreng. Kira ngam buat alas perut, sementara nak makan yang aku tak tahu bila aku free.

“Belilah pisang (tanduk) goreng RM3 dan satu air kelapa. Aku perhati dia masukkan dalam plastik. Tapi pelik, kenapa hanya lima keping sahaja dia masukkan? Mungkin dia tersalah dengar aku nak RM3.

“Aku tanya macam mana dia kira, akak itu kata tiga keping RM2.00.

“Cuba korang bincangkan, takkan sekeping pisang tanduk goreng yang dipotong nipis macam dalam gambar harga hampir 70 sen?” katanya.

Antara yang terlintas di fikiran pengadu, adakah harga itu dikenakan atas faktor minyak masak yang digunakan tidak bersubsidi (susah cari minyak peket), harga pisang mahal, sewa tapak mahal (walaupun tepi jalan) dan harga tepung mahal.

Benda makan tak payah berkira

Bagaimanapun di media sosial, ada netizen menasihatkan pengadu usah berkira dengan makanan yang dibeli.

“Benda nak masuk perut, tak payah berkira. Lainlah kalau mahal sampai tak masuk akal. Aku pun B40 juga, tak adalah nak rasa pelik sangat dengan harga macam tu sekarang. Kalau kau biasa beli minyak peket, kau tahulah macam mana susah nak dapatkan.

“Benda goreng macam ni kurang-kurang 4-5 kilo minyak sekali guna. Itu kalau tak ada peket, kena beli botol besar dah berapa puluh ringgit. Bab makanan tak payah berkiralah. Kalau rasa mahal, belilah di tempat lain pula. Manalah tahu dapat 10 sen sekeping,” kata Mard.

Hak pelanggan untuk pertikai

Tetapi, ada juga yang berpendapat pengguna berhak mempertikaikan harga yang dikenakan.

“Abang ini kalau dia tahu sekeping pisang goreng halus itu berharga 70 sen, mungkin dia tidak akan beli. Sekarang ini dia dah tercakap nak beli. Dia ada hak nak tanya sebab itu duit dia. Lagipun dia cuma tanya. Kalau cancel dan blah, kang dah kesian pula peniaga tu. Baru rezeki nak masuk, tiba-tiba tak jadi nak beli,” kata Zetty.

“Jenis kalau post macam ni pasal harga tak masuk akal, mesti ada jawapan sengal ‘Nak murah, masak sendiri’. Ala bengap betul korang. Ikutlah situasi tukang post ni tiba-tiba teringin nak makan. Takkan semua benda nak aware kau ingat boleh ke buatt pisang goreng dalam lori?” kata Danny.

Sumber: Facebook

The post ‘Takkan sekeping pisang goreng nipis macam ni 70 sen?’ – Lelaki terkejut gerai jual 5 keping pisang goreng RM2.00 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar