-->

‘Dia mengamuk, langgar palang, rosakkan CCTV’ – Bekas pengacara TV rosakkan harta pengurusan kondo, berang terima notis yuran tertunggak

Sebuah akaun Twitter mendedahkan seorang bekas pengacara TV telah melakukan onar dengan merosakkan harta benda milik pengurusan kondominium di tempat tinggalnya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Menurut pengendali akaun Twitter Stray Free Foundation, beberapa kes membabitkan wanita itu pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Namun tiada sebarang tindakan.

“Sangat kebal, langgar tiang penghadang di pondok pengawal keselamatan, cubaan melanggar pengawal keselamatan, pecahkan pejabat pengurusan, pukul kakitangan pengurusan dengan kayu, rosakkan kamera litar tertutup (CCTV), rosakkan CPU dalam pondok pengawal keselamatan, parking kereta sesuka hati di kawasan kondominium.

Pernah buang pasu bunga dari tingkat atas

“Semuanya terlepas begitu sahaja. Ini bukan pertama kali dan juga bukan yang terakhir kali. Dia pernah buang pasu bunga dari tingkat 9 unit dia, hanya beberapa saat dari kereta kami yang sedang bergerak. Kalau dia rasa dia nak campak sesuatu daripada kereta dia, dia main macam saja,” katanya yang juga merupakan jiran kepada wanita berkenaan.

Pengadu turut menyertakan gambar keadaan palang yang telah dirosakkan oleh wanita terbabit. Hanya kerana tidak berpuas hati menerima notis peringatan berhubung yuran pengurusan yang masih belum dibayar.

“Gambar keadaan penghadang guard house yang dia langgar. Dia buat pusingan beberapa kali dan main langgar semua.

“Dia marah sebab dapat notis dari management pasal tak bayar management fee dan mengamuk kononnya ada orang pecah masuk unit dia, curi wedding ring dia.

“Lepas tu apa jadi? Polis tunggu dia panggil PA dia datang. PA dia bagi ubat penenang dan dia naik atas unit dia macam tiada apa-apa yang berlaku. Sekarang dah menyusahkan semua penghuni nak keluar masuk,” ujarnya.

Sumber: Twitter Stray Free Foundation, Twitter Zee Zaki

The post ‘Dia mengamuk, langgar palang, rosakkan CCTV’ – Bekas pengacara TV rosakkan harta pengurusan kondo, berang terima notis yuran tertunggak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar