-->

‘Nak potong pun jangan bahayakan orang lain’ – Netizen gesa PDRM ambil tindakan terhadap konvoi kereta mewah

“Seorang-seorang ni elok kena tunjal dengan brader baju merah hari tu. Inilah definisi membahayakan nyawa orang lain,” demikian kata netizen yang berhubung video tular konvoi kereta mewah di Senai Desaru Expressway baru-baru ini.

Video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan lapan buah kereta mewah pelbagai jenis memotong secara berbahaya di jalan tersebut.

Walaupun di laluan garisan berkembar, kumpulan itu tetap memotong kenderaan lain dan sehingga kenderaan di laluan bertentangan terpaksa menyalakan lampu tinggi untuk memberi amaran.

Namun, amaran tidak diendahkan dan mereka berterusan memotong membuatkan kenderaan di laluan bertentangan terpaksa menghimpit bahu jalan untuk mengelak berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Di media sosial, netizen menyelar tindakan konvoi tersebut yang dianggap mementingkan diri.

“Ini buktinya. Kereta mahal-mahal orang boleh beli, tapi common sense takde jual kat mana-mana. Gunalah akal. Kang dah mati, sibuk kata arwah dulu baik orangnya,” kata Saitama.

“Nak potong pun tengok-tengoklah sikit. Musibat betullah. Atas bukit tu tak sesuai pun nak potong. Menyusahkan orang betul, perangai macam…,” kata Mar Columbus.

“Monyet bila dapat bunga macam ni la akhlak dan adab dia. Sepatutnya harga kereta mahal, pemandu dia datang dengan pakej berduit, kaya raya, handsome, berakhlak dan beradab ikut resmi padi. Ini sah-sah kereta pinjam untuk buat video TikTok je ni,” kata Aisyah Chiko.

Sumber: Isu Semasa Official

The post ‘Nak potong pun jangan bahayakan orang lain’ – Netizen gesa PDRM ambil tindakan terhadap konvoi kereta mewah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar