-->

Suami bersubahat dengan tukang urut, paksa isteri lakukan seks luar tabii

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, atas pertuduhan bersubahat dengan tukang urut lelaki untuk melakukan hubungan seks luar tabii terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun didakwa bersubahat dan mengarahkan bersama-sama seorang lelaki memaksa isterinya berusia 40 tahun untuk melakukan perbuatan itu dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran mangsa.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Sentul antara jam 8.30 malam hingga 10 malam, 13 Julai 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377CA kanun sama yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Siti Aminah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis terdekat. Tertuduh juga diperintah untuk tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

15 September depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen berasingan, tukang urut berusia 42 tahun itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan mangsa yang sama, dengan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan di tempat, masa dan tarikh yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Hakim Norina Zainol membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dan menetapkan 5 September untuk sebutan semula kes.

Sumber: Kosmo! Online

The post Suami bersubahat dengan tukang urut, paksa isteri lakukan seks luar tabii appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar