-->

Lelaki dipercayai kurang siuman serang wanita di stesen LRT Maluri, netizen persoal di mana keberadaan petugas stesen ketika kejadian

Satu video tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki mengepung dan meleraikan pergelutan antara seorang wanita dan lelaki.

Kejadian yang dirakamkan di stesen LRT Maluri pada pagi semalam itu, disaksikan oleh ramai yang terdengar jeritan dan tangisan mangsa.

Tidak dapat dipastikan punca mangsa diserang oleh lelaki tersebut. Namun menerusi komen netizen, mereka mengatakan berkemungkinan si pelaku mengalami masalah kesihatan mental atau pengambilan dadah.

Dalam masa sama, netizen mempersoalkan keberadaan petugas LRT dan juga polis bantuan ketika situasi ini berlaku.

“Pengumuman tak releven langsung suruh report kat Facebook bagai. Benda berlaku sekelip mata, tak ada masa nak buka Facebook buat report. Polis Bantuan itu yang patut selalu ada di stesen, stesen Maluri antara stesen yang sibuk sebab pertukaran dengan MRT,” kata netizen.

“Kononnye kejap-kejap ade pengumuman pasal gangguan sexual di stesen. Report kat polis bantuan atau media social hah. Kalau macam ni macam tu nak report, kalau dah kena hempap macam tu polis tak ada, jadah pulak nak buka FB buat report. Scary gila,” kata netizen lain.

Sumber gambar dari video viral

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataaan yang dikeluarkan oleh Rapid KL mengenai insiden tersebut.

Walaubagaimanapun netizen memuji sekumpulan lelaki yang menolong mangsa dari terus diserang oleh lelaki itu.

Sumber: Twitter

The post Lelaki dipercayai kurang siuman serang wanita di stesen LRT Maluri, netizen persoal di mana keberadaan petugas stesen ketika kejadian appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar