-->

Gara-gara menjerit sekuat hati di konsert, remaja lelaki alami kebocoran paru-paru

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Shenzen, China mengalami masalah kebocoran paru-paru akibat daripada menjerit dengan sekuat hati semasa menghadiri konsert kumpulan artis kegemarannya.

Remaja tersebut dilaporkan mengalami masalah pneumothorax atau paru-paru bocor.

Pada mulanya remaja itu dikatakan merasakan sakit di bahagian dada selepas menjerit dengan kuat ketika persembahan sedang berlangsung. Dia kemudiannya mengalami kesukaran bernafas lalu rebah serta-merta dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setelah meneliti keadaan remaja itu, doktor mengesahkan alveolar rosak pada salah satu paru-parunya disebabkan menjerit secara berlebihan semasa konsert tersebut.

Pneumothorax merupakan masalah udara terkumpul yang tidak normal dalam ruang pleura di antara paru-paru dan dada.

Kondisi itu boleh berlaku akibat kecederaan di bahagian dada, kesan dari penyakit paru-paru atau kebocoran alveolar akibat tekanan teruk.

Sementara itu, media tempatan melaporkan pasukan doktor berjaya mengeluarkan udara berlebihan dan mengurangkan tekanan pada paru-paru lelaki itu.

Remaja itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes sebegini bukan kali pertama dilaporkan. Terdahulu, media Barat melaporkan seorang wanita dikatakan telah menderita masalah pneumothorax setelah menjerit dengan sekuat hati semasa konsert One Direction.

Sumber: Oddity central

The post Gara-gara menjerit sekuat hati di konsert, remaja lelaki alami kebocoran paru-paru appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar