-->

‘Bila disuluh, aduh mak.. besar-besar ulat putih dalam Corndog’ – 2 pengunjung pesta muntah selepas termakan Corndog berulat

Tindakan tidak bertanggungjawab seorang peniaga di tapak pesta keramaian, menyebabkan dua pengunjung muntah teruk selepas mendapati makanan yang dibeli dicemari ulat.

Menerusi hantaran di Facebook, Nor Fazilah berkata, kejadian itu menimpa dua beradiknya semasa mengunjungi sebuah pesta di Serian, Sarawak.

“Kepada yang berniaga makanan, tolonglah jujur, jaga kebersihan. Malam tadi kami pergi ke pesta. Masa nak balik, adik minta belikan Corndog dari sebuah gerai. Harga untuk dua corndog RM10.

“Tak kisahlah tentang harga tetapi yang nak dibangkitkan sekarang adalah soal kebersihan. Sedih tengok adik muntah teruk. Tak semena-mena air mata jatuh berderai.

“Kalau ikutkan hati, teringin nak bersemuka dengan makcik yang jual corndog. Bukan nak bertekak tetapi nak tegur jangan jual makanan yang dah rosak.

“Adik kata, hotdog itu rasa buruk. Yang seorang lagi pun rasa sama, tetapi dia tak kisah dan makan saja sebab nak makan. Apabila disuluh, aduh mak! Besar-besar ulat putih ditemui di dalam corndog itu,” katanya.

Nor Fazilah turut berkongsi gambar makanan tersebut yang dipenuhi dengan ulat. Sejak dikongsikan 12 jam lalu, ramai yang terkejut dan tidak menyangka peniaga terbabit sanggup menganiaya pelanggan.

Justeru Nor Fazilah menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila membeli makanan di luar. Dalam masa sama menegur peniaga mengutamakan kebersihan agar keselamatan pengguna terjamin.

“Hati-hati yang nak berbeli makanan di luar sana. Memang kita tidak dapat menyalahkan peniaga, tetapi hakikatnya peniaga tahu makanan itu masih bagus atau tidak untuk dijual,” katanya.

Sumber: Facebook

The post ‘Bila disuluh, aduh mak.. besar-besar ulat putih dalam Corndog’ – 2 pengunjung pesta muntah selepas termakan Corndog berulat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar