-->

sedih sgt part watie suap kakak dia.. Netizen Sisi lain yg Ramai tk tahu

Yang kenal dan berkahwin dengan Watie Hanifiah adalah Shuib, namun entah mengapa masih ada netizen sewenangnya beranggapan buruk kepada wanita ini.

Selain dituduh menerima pelawak itu kerana harta, ada juga yang menyifatkan Watie sebagai gedik hanya selepas tularnya video dia dan rakan-rakan meraikan bachelorette party.

Sampai sudah mendirikan rumah tangga sekalipun, Watie Hanifiah yang berusia 35 tahun masih menjadi bahan cemuhan netizen.

Kakak Watie memang tak boleh berjalan…Umur 10 tahun dia jalani operation malangnya tak menjadi. Tidak kenal rapat namun begitu mudah menghukum, mungkin sedutan daripada rancangan Astro Ria berjudul `Walimatulurus Shuib & Watie’ ini akan mengubah persepsi anda.

Menerusi satu paparan yang tular di TkTok, Watie mendedahkan sebenarnya dia mempunyai seorang kakak OKU yang Iumpuh sepenuhnya sejak usia kecil lagi.

Aku ni ada kakak OKU… Syukur sangat Shuib terima family Watie. Sepanjang 30 tahun menguruskan si kakak, keluarga mereka benar-benar memberikan penjagaan rapi.

Sebab itulah dalam urusan mencari pasangan hidup pun, Watie cuba memilih calon-calon yang boleh menerima baik keadaan kakaknya. Alhamdulillah apabila berkenalan dengan Shuib, Watie melihat penerimaan yang cukup baik oleh pelawak itu.

Jangan suka-suka tuduh orang itu & ini…Kau tengok dia lebih balk dari kita. Menerusi ruangan komen, ramai kagum dengan keluhuran hati sabar menguruskan ahli keluarga yang kurang sihat.

Walaupun kerap dikecam, netizen beranggapan Watie adalah jodoh terbaik buat Shuib Sepahtu.

Sumber : kisahdunla

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
LihatTutupKomentar