-->

Saya tidak dijemput Jep akui tidak hadir ke majlis Shuib & Watie kerana tidak dijemput

Minggu lalu berlangsung majlis pernikahan antara Shuib dan pasangannya Watie.

Kelihatan beberapa rakan artis hadir di majlls berkenaan. Namun menjadi timbul tanya peminat di manakah gerangan sahabatnya Jep yang dulu berjuang bersama-sama dengannya di pentas lawak.

Seperti sedia maklum, Mamat tidak dapat menghadirkan diri kerana terlibat dengan komitmen persembahan Mega Spontan.

Ketika disoal peminat semasa sesi siaran langsung di TikTok tentang ketiadaan beliau dia majlis berkenaan, dengan cukup bersahaja Jep menjawab dia tidak diundang ke majlis berkenaan.

“Oh, saya tidak dijemput,” kata Jep ringkas.

Keakraban kedua-dua sahabat itu mula renggang apabila dikatakan Shuib dikatakan mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai progam Sepahtu Reunion.

Pelbagai spekulasi mula timbul selepas itu dan Jep mendedahkan Shuib mengundurkan diri kerana didakwa melakonkan satu babak berunsur lucah yang menerima kecaman ramai.

Susulan itu Shuib digantung daripada program berkenaan dan diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun Shuib seolah tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Sumber: mStar Online

The post ‘Saya tidak dijemput’ – Jep akui tidak hadir ke majlis Shuib & Watie kerana tidak dijemput appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar