-->

Perempuan bertudung dikecam komen benda lucah netizen dakwa ramai isteri orang komen tanpa rasa malu

Media sosial kini bukan hanya dilihat sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat, tetapi sudah dijadikan sebagai satu cara untuk meraih perhatian dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan memalukan.

Satu hantaran di TikTok dikecam ramai gara-gara membincangkan topik lucah. Lebih memalukan, isu tersebut pula mendapat reaksi daripada ramai gadis terutama sekali yang bertudung.

Hantaran tersebut kemudiannya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mengecam tindakan kelompok-kelompok tersebut yang berbangga dengan aib sendiri.

“B***h? Video tu clearly pasal benda lucah, tapi rata-rata yang comment perempuan bertudung? Macam si#l buat malu? Exposed aib sendiri,” tulis Tiresthyl.

Difahamkan juga, komen-komen menerusi hantaran tersebut juga ditulis oleh wanita yang sudah berumah tangga.

Isu sebegini juga telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen jika remaja usia 18 tahun ke bawah melihat tontonan sebegini.

“Serious cakap app TikTok ini bahaya untuk budak bawah 18+,” kata Mohamed Fiqri.

“Kadang tak faham kenapa ada perempuan boleh gelak dengan ayat bangang macam ni, Rasa bangga sangat ke eh jadi bodoh? Macam berlumba -lumba pulak nak jadi bodoh,” tulis netizen yang lain.

Zaman sudah berubah, jika dulu segala rasa malu disimpan tapi kini segala cerita mahu dicanang.

Sumber: Twitter Tir

The post Perempuan bertudung dikecam komen benda lucah, netizen dakwa ramai isteri orang komen tanpa rasa malu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar