-->

‘Saya tetap nak Siti nyanyikan lagu Jerat Percintaan walaupun ada pihak…’ – Diva AA kongsi cerita titik permulaan karier Siti Nurhaliza

Seperti sedia maklum, lagu Jerat Percintaan merupakan titik permulaan karier penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Lagu ini telah berjaya menggondol juara di Anugerah Juara Lagu 1996, persembahan terbaik dan juga juara bagi kategori balada serta telah meraih lagu terbaik semasa Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997.

Lagu ini dicipta oleh komposer terkenal Adnan Abu Hasan dan liriknya ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ.

Namun begitu disebalik kejayaan lagu ini, mungkin ramai yang tidak tahu individu yang membawa nama dan lagu ini ke persada yang lebih tinggi adalah selebriti terkenal, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Melalui satu pendedahan oleh Azwan Ali di podcast Bros Gang TV, beliau menceritakan bagaimana lagu tersebut akhirnya dibawakan oleh Siti Nurhaliza.

“Itu cerita betul. Saya berjuang untuk calon yang bernama Siti Nurhaliza, ketika itu masih lagi calon SPM. Ketika itu semua tahu lagu Jerat Percintaan dibawakan oleh Mazlilah dan dah dibuat dalam kenyataan media.

@brosgangtv

Diva AA dalam podcast kami kongsi mcm mcm benda ni. Boleh percaya ke? Pergi tengok podcast ini di Youtube Bros Gang Tv 😭 #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia #brosgangtv #divaaa

♬ original sound – BROSGANGTV – BROSGANGTV

“Saya telefon pengurus Siti Nurhaliza, saya tetap mahukan Siti, biar apa pun yang terjadi. Saya mahukan dia dalam siaran langsung di studio.

“Siti datang jumpa saya dengan bawa beg dari kampung masuk ke studio.

“Bila Siti ambil mikrofon nyanyikan lagu itu, melantun suara dia sama macam CD. Semua orang masa itu terkejut dengan lantunan suara dia,” katanya.

Pemilihan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi lagu tersebut dikatakan telah membuatkan pihak pengurusan stesen tidak bersetuju

“Saya nampak lagu Jerat Percintaan itu kena dengan orang yang bernama Siti Nurhaliza.

“Ketika itu, pihak pengurusan tak berpuas hati kenapa pilih Siti dan saya sebagai penerbit mahukan apa yang saya mahu.

“Saya tahu Siti Nurhaliza tahu semua cerita ini. Saya tak minta kenang jasa saya, tapi kenang moment itu sebab Jerat Percintaan lah dia kaya raya dan mewah sampai hari ini,” katanya.

Sumber: Bros Gang TV

The post ‘Saya tetap nak Siti nyanyikan lagu Jerat Percintaan walaupun ada pihak…’ – Diva AA kongsi cerita titik permulaan karier Siti Nurhaliza appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar