-->

‘Selepas makan, kami anak beranak dikejarkan ke hospital!’ – Wanita kongsi keluarganya termakan cendawan beracun

Seorang wanita berkongsi mengenai kejadian yang menimpa keluarganya selepas termakan cendawan beracun menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Saya masak cendawan untuk makan tengah hari. Selepas je makan tengah hari, kita anak beranak dikejarkan ke hospital. Ya Allah, ya Tuhan, tak sangat sangat-sangat,” kata TikToker Mas Ita.

Menurut Mas, suaminya terdahulu memetik tumbuhan tersebut yang tumbuh berdekatan dengan kediamannya. Cendawan itu kemudian dibersihkan dan dimasak seperti yang ditunjukkan dalam video.

“Tak banyak pun, dalam 10 cendawan. Jadi saya pun ambillah cendawan itu. Saya buatlah video macam biasa, kononnya nak buat content masak.

“Bila saya teliti cendawan itu, dia kelihatan seperti cendawan busut tapi bukan. Dia gebu macam pau lembut sangat. Bahagian bawah dia berwarna hijau pucat.

“Saya pun ragu-ragu juga pada masa itu tetapi saya teruskan juga sebab saya pun dah lama tak makan cendawan,” ujarnya.

Ketika menjamah lauk itu, Mas mengakui rasanya sedap seperti cendawan busut. Tetapi, beberapa jam kemudian, mereka sekeluarga mengalami sakit perut.

“Selepas saja kami makan tengah hari itu, ya Allah sakit. Saya sempat check di Google, rupanya memang betul dan sah cendawan itu memang tak boleh dimakan, jenis beracun.

@mas.ita

semoga memberi pengajaran buat kita semua,agar kita dapat kenal pasti cendawan yg boleh mkn & tidak boleh makan,sangat bahaya muntah sampai nk pengsan,lemah longlai,suami teruk sikit sbb makan banyak,anak disuap sedikit& sy mkn sikit#fypシ #tiktokviral#cendawan#cendawangoreng #MYFoodie

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

“Suami terus suruh saya buang cendawan itu. Saya panik, suami dah lemah longlai. Saya terus menghubungi talian kecemasan 999,” katanya.

Susulan daripada kejadian itu, Mas meminta orang ramai berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan mereka.

“Ya Allah, dia punya sakit tak tahulah nak cakap macam mana. Anak saya masuk air dua tiga kali sebab air dah banyak keluar. Minta tolong sebarkan, semoga menjadi pengajaran buat kita semua,” katanya.

Sumber: TikTok

The post ‘Selepas makan, kami anak beranak dikejarkan ke hospital!’ – Wanita kongsi keluarganya termakan cendawan beracun appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar